Sunday, December 29, 2013

Last Semester....

Assalamualaikum. waahh..lama dah tak tulis blog,hehhe, sangat2 busy. .ok, saya sekarang nie dah berada diakhir semester dalam Diploma In Nursing. Tak sangka sekali, pejam celik pejam celik dah nak habis 3 tahun, sekejap jeee...Alhamdulillah, banyak yg dapat belajar dan banyak pengalaman yg menarik sepanjang pembelajaran ini. Kalau dulu waktu masuk kos nursing nie minat just 50/50 jee, tapi bila lama dah belajar..hmm..sebenarnya interesting jugak bidang nie. Bidang yg mencabar, menguji keberanian dan menarik. Ok, hari jumaat baru nie kami baru dapat belajar Insertion of Branula, kami buat antara kawan. Untuk buat antara kawan memang memerlukan kepercayaan kawan tu sendiri so we have to gain each other trust. Kami juga dapat rasa apa yang patient rasa, rupa-rupanya agak sakit jugalah utk insert branula nie,kami yang hanya pakai dalam masa tak sampai 5 minit pon dah rasa sengal-sengal salur darah tu , cuba banyangkan patient yg pakai tu 24 hour dan setiap 3 hari kena insert yg lain..huhh.. what a painful feeling. Selain dripada Insertion of Branula kami juga belajar to suture of wound. Sangat2 interesting, kakak Ipar saya jahit baju tapi saya dapat jahit orang...hahhaa.. Tomorrow, kami akan start posting selama 3 minggu di Hospital Besar Ipoh. Kami akan masuk Emergency & Trauma department(sgt mencabar unit nie), Skin Unit dan ward 8A, 8B. kami akan menjalani peperiksaan kolej, akhir semester dan lastly peperiksaan yang paling besar iaitu Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) untuk melayakkan diri menjadi seorang Registered Nurses(Jururawat Terlatih), Insyaallah. Mohon doakan yee.