Sunday, December 23, 2012

BaSeD..

Dah lama tak buat latihan BaSeD... Rindu cara latihan Pak Su.. Dia tegas tapi besttt.. sentiasa perbetulkan kesalahan yang kami lakukan dengan segera (On the sport lah).. Tak pilih kasih.. Bestt!! Aq memang tak boleh belaja dengan ayah aq sendiri... Aq tak mintak pon untuk diberikan perhatian special ke,jemputan khas kee...aq cuma nak diajar dan ditegur betul or tak aq buat, tu jee... bila aq tgh melangkah, entah btul ke tak, dibiar jee..kenapa anak didik yang lain diberi perhatian penuh tapi tak aq.Depa yang lain siap diajar step by step lagi... memang ptut pon aq tak pernah habis belajar, mana taknya setiap kali msuk jee tak dipandang. Hati nie rasa sedih sgt.. Pak Su ajar BaSeD bestt.. aq salah cikit pon ditegur dibetulkan..Bila kena tegur barulah rasa SEMANGAT nak buat betul2..nama lagi belajar, righttt!! kalo tak ditegur betul or salah lebih baik tak yah blajar... aq fed up dah nak blaja silat niee..so biarlah aq hanya ada BaSeD. aq memang tak de hati dah nak blajar silat nie...Good Bye silat..

Wednesday, December 19, 2012

Seni Silat Sinding & Sipitong..

SiNdiNG............
S For "SINDING" Ok.... Korang tau tak sinding tu ape???? Bgi yg tau ok xpe lh... Bgi yg x tau mari saye terang kn.... Sinding merupakan Silat. Silat sinding adalah salah satu silat orang melayu yg jarang dijumpai kini.... Kisah sinding: Salah satu seni asli yg berasal dari Patani,Siam. Dibawa oleh orang2 dulu, mereke ini sedang mempelajari ilmu agama(rohani) di sana.... Dan mereke menjadikn silat sinding ini sebagai latihan jasmani.... Silat sinding dilakukan pada wktu mlm. Silat ini mempunyai 2 beradik(jurusan) iaitu, tapak hidup dan tapak mati... Ape yg di ajar ketika ini ialah tapak hidup... Tidak ramai pengajar silat sinding kini...... Ini kerana tidak ramai yg dpt menghabis kannye....(mempelajarinye) Antare pengajar silat sinding kini antarenye ialah my father.... Sememangnye byk dugaan yg perlu ditempuhi swktu mempelajari silat ini... Utk mempelajarinye kite perlu ada tahap kesabaran yg tinggi.... Tidak ramai yg berjaye mempalajarinye smpai habis.... Mempelajarinye tidak lah susah tpi jemu....... Hanye yg berjaye menghabiskanye, Tahu akan rahsia yg tersirat di sebalik silat ini. SIPITONG....
Silat SIPITONG.. Satu lagi silat yang jarang didengari dan wujud pada masa kini. Silat SIPITONG! Sipitong bermaksud si tempang. Langkah silatnya memang seperti orang tempang, sebab tu silat nie dipanggil Silat Sipitong (Silat sitempang).Interesting right!! tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang silat ini, tapi tak pe, saya akan update beberapa lagi cerita atau asal-usul silat nie lepas saya tye sendiri kat guru silat sipitong nie.

Monday, December 3, 2012

Fakta antara "Mati", "Hidup" dan "Jodoh"..

Mati? Mati itu PASTI!!!
Hidup? belum pasti kita akan hidup sampai tua...
Jodoh? kita tak tahu siapa jodoh yang ALLAH dh tetapkan utk kita...
Jom kita lihat zaman sekarang..
Didunia manusia sibuk mencari kemewahan, hiburan dan berbagai lagi..
sedar ke mereka, semua yang dicari dan hiburan2 yang dirasai hanya keseronokan sementara?! Tidakkan! manusia sekarang lalai dan mudah leka dengan kenikmatan didunia..
Kenapa tak mencari bekalan untuk akhirat? hiburkan diri dengan membaca al-quran kerana membaca al-quran dapat menenangkan diri disamping dapat mendekatkan diri kita pada yang Esa. Boleh jugak pergi ke usrah atau majlis2 ilmu lain. Sememangnya AKHIRAT itu pasti ada dan pasti berlaku serta pasti akan kita lalui..
Jodoh? remaja sekarang sibuk mencari couple... sebuah perhubungan yang HALAL hanyalah dengan PERNIKAHAN iaitu PERKAHWINAN..  Tak da istilah "couple halal"!!! Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan... yakinlah bahawa jodoh kita telah ditetapkan oleh ALLAH. Sampai masanya JODOH akan sampai jua. Manusia sekarang hanya mengejar keduniaan dan bukannya akhirat.. sedangkan dunia itu sementara,  akhirat itu PASTI.  Berapa ramai orang yang bersiap-sedia untuk MATI?! banyakkah amalan-amalan baik yang telah kita lakukan?! -muhasabah diri- ^^

Monday, November 5, 2012

I know who i'm...


"Hipokrit" no no no..people who are close to me will know who i'm.
Have many character but it's me. Many character can make people feel easy be friend with us because we can get into their style but must not easily drift.

Tuesday, September 11, 2012

Bekerja dan belajar di Arab Saudi

Bila mendengar pengalaman lecturer-lecturer bekerja di Arab Saudi rasa macam excited sgt-sgt...Insyaallah... nak g jugak Arab Saudi dalam masa 5 tahun dari sekarang. Semoga angan-angan dan doaku tercapai..ameen. ^_^

Saturday, July 28, 2012

Rasa hati dan kata2 akal fikiran...

Kadang-kadang hati ini rasa ingin disayangi oleh seseorang, namun akal fikiran mengatakan "tidak, belum tiba masanya"... jangan ikut rasa hati, tapi ikutlah akal yang sentiasa berfikir buruk dan baiknya.

Tuesday, June 12, 2012

Cita-cita vs Cinta

Patient: kamu nie org mana? Me: saya org ipoh mak cik. Patient: macam pernah nampak kamu nie.. Me:hmm.. saya rasa kita tak pernah jumpa. Patient: oh yee, muka kamu nie mcm muka anak sedara mak cik. Me: oh ye ke. hmm, biasalah tu, dlm dunia nie kan ada 7 org wajah yang sama. Patient: (merenung wajah ku) Me : kenapa mak cik tgok saya mcm tu? Patient : Kamu dah ada boyfriend? Me: (tergelak cikit sebelum tu), saya mne ada boyfriend mak cik. Patient : betul ke? mustahillah..slalunye org muda zaman sekarang muda2 lagi dah ada boyfriend or girlfriend. Me: betullah mak cik, buat apa saya nak tipu. saya nie susah nak percaya lelaki lagipon saya masih belajar dan tak de masa nak beri komitmen dalam berpasangan nie. Terus terang saya cakap saya lebih percaya "bercinta selepas berkahwin". Patient: hmm..bgus2.(terbangga cikit,hehee). Jadikan Allah cinta utama dan pertama kamu. Me: hmm..betul. cita2 saya pon belum tercapai lagi, saya nak tlong mak n ayah saya dulu dan panjang lagi perjalanan saya. Patient: Tak pe, jangan risau ttg cinta, kejarlah cita-cita dan cinta pasti akan datang kemudian. mak cik doakan kejayaan kamu, belajar sungguh2 ye. Me : Terima kasih mak cik. Insyaallah, ameen. ^_^

Saturday, June 9, 2012

Menerokai kehidupan ^_^

*Hidup umpama kembara,kembara mencari sinar cahaya, petunjuk dari yang maha esa.. *Dalam belajar haruslah berani mencuba, mencuba kearah kebaikan, mencuba menjadi yang terbaik. *Life is full of chances and you do not live if you do not take change... The higher the risk,the higher the possibility of success... So, take the road less travelled.... *At every opportunity that comes by- accepting challenges and learning along the way.

Wednesday, June 6, 2012

Tomorrow is the day..^_^

ok,tomorrow is the last day for me to complete my cross book for sem 1 and 2,yaeyyhh.. Honestly,it's not easy to fullfill all this cross..i hope all my hard working and all what i have done will became usefull in future,insyaallah ameen. ^_^

Tuesday, June 5, 2012

Berada di wad kanak2.. ^_^

5/6/2012.. adalah hari yang amat memenatkan, kerja tak henti2 memandangkan hari nie wad aktif(dah lh tak makan dri pagi).. admission, admission,admission.memang bersabar jee lh.. memang best berada di wad kanak2 nie(bayi2 n kanak2 yang comel), tpi kat wad kanak2 nie lah wad yang amat memenatkankan, memerlukan kesabaran, ketahanan mental n fizikal dalam memberi perawatan. ambil observation pon dah berjam2 blum lgi buat kerja yang lain( mana taknya, tgok jee nurse dah "huaaarrr" nangis).By the way, Alhamdulillah aq punya cross dah habis (so happy, yeaayyy ^_^), boleh balik rumah cuti sem dengan tenang sambil menunggu result utk sem 2 kluar, grrr..ok lah. mata dah ngantuk, nak rehat..^_^

Thursday, May 31, 2012

"Don't judge a book by its cover"

Org cakap "don't judge a book by its cover" right.. so it same goes to me, may be aq dilihat seperti org yang garang n tegas, n yes, i am that person, but in the other hand, aq adalah org yang cepat tersentuh and it was me real, dan aq juga seorang yang sukar utk meluahkan perasan ^_^

Wednesday, April 18, 2012

Ketahuilah... ^_^

Allah lah yang meletakkan perasaan kasih, sayang dan cinta dalam diri seseorang itu. Dan Allah jugalah yang meletakkan perasaan benci dalam diri seseorang itu. Ketahuilah, manakan kita akan mengetahui orang yang sayang kita akan tikam kita dari belakang? Dan orang yang membenci kita akan membantu kita dalam kesusahan? Ketahuilah Allah dah berfirman dalam al-quran yang membawa maksud: Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

muhasabah diri..

Indah bumi Allah ini apabila di anugerahkn sahabat yg mengingatkn ku apabila ku trsilap, mengingatknku apbila ku lalai, x jemu mengajakku ke jalan NYA,, terasa terisi kekosongan dijiwa, kuat kaki ku, kuat jiwa ku untuk mhadapi hari2 yg pnuh dugaan ini, krana kyakinannya pd ku, kpercayaannya pd ku, n yg paling pnting mencintai ku krana Allah,,, maka cukuplah segala2nya,, ^_^

Jangan dilayan sangat perasaan di jiwa..

Tuesday, April 17, 2012

Aku tetap dgn prinsip aku..

Jujur aq ckp..Aq dah habis sporting dah dengan ko... tapi ingatlah cikit, aq rasa hang tak payah lah nak melebih-lebih. Tahap sporting aq pon ada hadnya beb!!!

Monday, April 16, 2012

kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan dalam berpasangan...

Semakin hari semakin aq tak suka perangai seseorang ini(perangai dia yang satu nie!)selebihnya aq sayang dia sebab dia kawan aq, aq selesa berkawan dgn dia. kalo dah ada partner a.k.a BF tu, kenapa perlu nak menggatal ngan lelaki lain, melayan lelaki lain(sms & call) dan lagi satu kenapa senang sgt percaya lelaki yang tak dikenali .Lelaki pulak, biasalah kan kalo perempuan dah start melayan lagi dia suka. Yang lagi aq rasa peliknya rajin btul membalas panggilan orang yang tersalah call ke hp dia..haishh!! Ok, aq tak tau nak nasihat apa dah, aq dh pernah cakap mcm2 ttg jangan percaya sgt orang luar(lelaki), and then dia ckp lelaki tu just friend jee..tpi yang aq pelik bila sms, berpapa n mama lah pulak. aq tak faham btullah, dan aq malas nak faham...Inilah salah satu sebab kenapa aq susah percaya lelaki(sory lah kalo kaum lelaki aq salahkan) walaupon kaum perempuan yang mulakan dulu.Tapi aq nak btulkan cikit statement kt sini, walaupon aku susah nak percaya lelaki dan ada cikit perasaan benci tak bermaksud aq nie suka kt perempuan pulak. Tipulah kalo aku ckp aku tak minat kt lelaki, ye aq mengaku aq juga ada minat kat lelaki tpi ini bukan masa yang sesuai untuk fikirkan perkara tu.. tumpuan aku satu jee sekarang nie, STUDY..insyaallah, tunaikan impian mak n abah dulu.Itu yang utama..

Friday, March 16, 2012

Perasaan apabila berada didunia luar...

dh byk kali aq menangis.. dan malam nie bengkak mata aq. aq menangis semuanya sebab sahabat.Aq x tau berbaloi ke aq menangis nie.. Perit rasanya bila melihat seorang sahabat berubah dri yang dulu. aq dididik dgn agama dri kecil lgi. sekarang bila berada diluar, melihat sahabat2 berubah,perubahan dan perlakuan yg negatif, aq menjadi sedih dan airmata nie mudah sungguh mengalir bila semuanya berlaku.Namun,alhamdulillah, aq bersyukur kerana dengan cara Allah menunjukkan semua ini,membuatkan aq lgi kuat menghadapi cabaran2 yg mendatang dan sentiasa kuatkan iman,insyaallah.

Ya Allah, kenapa dia berubah..

ko tau tak,ko dh buat slh kt aq..ko dh buat aq byk kali menangis sebab fikirkan perubahan ko. ko sahabat aq, and ko sahabat aq until jannah,insyaallah. knape ko berubah smpai mcm nie...aq x nak sahabt aq terjebak dlm budaya songsang nie..sory aq ckp, aq x boleh terima semua nie.aq akan sentiasa berdoa supaya ko balik ke pangkal jalan semula and doa aq x kn pernah putus,insyaallah.Ya Allah berilh panduan dan hidayah kepadanya dan jgn terus terhanyutnye dia kelembah kejahilan ini..^^

Wednesday, March 14, 2012

Laluan menuju Kejayaan..^_^

Dalam melangkah terkadang di uji dengan sesuatu yang amat menyakitkan"

Teruskan melangkah walau pun ianya hampir rebah ~
Teruskan melangkah walau beribu batu cuba menghalang keinginanmu ~
Teruskan melangkah walau beribu batu cuba menjatuhkan kamu ~
Teruskan melangkah walau pun langkahmu hampir tersungkur ~
Teruskan melangkah walau tidak mampu menahan air matamu ~
Teruskan melangkah walau pun peritnya lukamu ~
Teruskan melangkah walau berdarahnya kakimu ~

Teruskan melangkah dan jangan engkau putus asa tidaklah Allah menguji kamu dengan ssuatu yang amat menyakitkan melainkan dia menggantikan yang lebih baik~
sesulit ,seperit ,sesakit mana hari-hari yang kamu jalani percayalah pasti ada hikmah yg tersembunyi

Renung-renungkan ^_^

Jangan terlalu menyayangi seseorang itu secara berlebihan kerana takut nanti kita lupa akan Dia yang Maha Kuasa, sedangkan Allah merupakan kuasa yang lebih besar dan lebih berhak kita ingati dan cintai...Cintai Allah & Rosul..Itu yang utama.

Sunday, March 11, 2012

It's My Journey

It is my journey, face it and through it and hope a bright future waiting infront also with His blessing along this journey.. Ameen ^^

Tuesday, February 28, 2012

Saya rindu usrah dan tarbiyah yang diberi disekolah dulu...:'(

Dari kecil lgi, saya telah didedahkan dgn usrah dan sentiasa ditarbiyah...tapi sekarang apabila berada di U dengan kos yang busy dan masa yang penuh dan juga tiada usrah atau tarbiyah yang diberikan, rasa jiwa nie kosong..al-quran menjadi peneman saya diwaktu sunyi dan juga diwaktu lapang tapi jiwa masih lgi tidak penuh kerana "Saya rindukan Usrah dan Tarbiyah"..Ya Allah..

Thursday, February 23, 2012

Aku RINDU ..

now:Pkul 8.10, entah kenapa tiba2 aku rindu kawan2 aku.. kawan2 lama aku...
aku rindu zaman sekolah dulu, bila diingat kembali kenangan2 dulu rasa nak gelak dan juga rasa sedih.. sedih sebab semua tu dah berlalu dan takkan berulang kembali.. betul ckp cikgu dulu2,kita akan merindui zaman dibangku sekolah. Wktu kita dibangku sekolah kita rasa mcm "bilalah nak habis sekolah", tpi bila sambung blajar di U or even kerje nanti kita mesti ckp "rindunya zaman sekolah,rasa mcm nak kembali ke wktu dulu"..walaubagaimana pun, wktu yang telah berlalu tak kan berulang kembali, so we have to face it, continue our life and run for a bright future waiting for us infront..Insyaallah. Kepada sahabat2 ku dimana sahaja korang berada aku doakan korang berjaya dalam apa jua bidang yang korang ceburi dan always under His blessing..Ameen. Salam rindu dari sahabatmu - LIANA -

Monday, January 2, 2012

Blog terbengkalai..

Ok.. sekarang dh smpai kt teluk intan.. alhamdulillah.
Dri ptg tdi asyik busy jee ngan kemas bilik yg macam tongkang pecah..hihiii:)
Insyaallah, bsok akan start kuliah utk sem 2..alhamdulillah.
Semoga tahun 2012 nie akan memberi semangat utk aku trus berusaha dalam mengejar kejayaan dalam bidang yg diceburi...
Target utk sem 2 nie, nak capai pointer DEKAN..insyaallah..(doa2kan lh yee..)
ok!! Sampai sini je, mata dh ngantuk dan badan dh penat mengemas bilik seharian nie.